Monday, April 27, 2009

BERMULANYA KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG OFFICER..



(CARA KERINGKAN BAJU KT GENTING..BOLEY??!!!)


GITU KATANYA..dh cukup sebulan aku under training dgn OIC(officer in charge) aku. sekarang tibalah masanya untuk aku bekerja sendiri tanpa ade bimbingan drpd senior aku. aku sebenarnya belum konfiden lagi nak bekrja sendiri..tapi nak buat mcm mana, kena jugak berusaha sendiri..sampai bila nak di observe oleh OIC je.

esok aku akan start berkeja sendiri dr masuk keje sampai abes..aku akan cuba buat yg terbaik..semua orang ingin kan yg terbaik utk diri diorang. sama lah jugak dgn aku. mungkin aku terlalu risau kan kerja yg bkal aku buat nih..sebab tu tak konfiden je nak buat..

aku tau aku boleh buat.cuma rentak kerja yg tak dapat..once dh dapat rentaknya..boleh la tu..mcm lagu la pulak nak berentak bagai nih..apa yg pasti kehidupan kt genting sangatlah menyejukkan..tak penah seumur hidup aku online sambil pakai sweater dgn stokin..huahuahua..

lately angin kt sini sgt lah kuat..kalo tak takkan sign board kt tepi jalan boleh patah. kuat tak kuat lah angin nya,,nasiblah tak terbang aku dibuatnya..kt atas ni keje nak makan je sebab sejuk..asal sejuk je lapor..asal lapor je sejuk..camner tu..kalo tak kawal alamatnya beli seluar baru la tiap bulan.

apa yang pasti kehidupan selepas ini lebih mencabar. aku harap aku sudah bersiap sedia utk mengharunginya...insyaallah...

2 comments:

kuchairies said...

Hey dah gaji kah? cepat belanja dengan gaji pertama!

amirul usheruff dzulkarnain said...

hehehehe...akan di pertimbangkan..