Victoria Institution muncul juara pancaragam dunia
SEPANG 9 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria atau lebih dikenali sebagai Victoria Institution (VI) berjaya mengharumkan nama negara apabila menjuarai Pertandingan Pancaragam Dunia di Modena, Itali pada 5 Julai lalu.
Sekolah itu berjaya mengalahkan lima pasukan pancaragam lain yang membabitkan tiga pasukan dari negara tuan rumah dan masing-masing satu dari Ukraine dan Belanda.
Pada pertandingan itu, VI menampilkan lagu-lagu daripada teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) yang digubah bersesuaian dengan rentak pancaragam berkawad.
Pengetua VI, Azizah Othman berkata sekolah itu mengumpul 1,052 mata untuk mengalahkan juara bertahan dari Belanda yang memperolehi 1,039 mata.
"Kejayaan ini membolehkan pancaragam VI membawa pulang trofi kemenangan serta sijil," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
Katanya, ia adalah hasil usaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan letih guru, ibu bapa serta pelajar yang terbabit sejak awal tahun ini.
''Ia satu kejayaan bersama kerana tanpanya saya yakin VI tidak mampu menjuarai pertandingan pancaragam yang dianggap antara paling berprestij di dunia masa kini.
''Semua pihak memahami walaupun ada pelajar yang terlibat itu akan menghadapi peperiksaan utama pada hujung tahun ini," katanya.
Pada pertandingan itu, VI diwakili 93 pelajar yang diiringi lima guru pengiring, termasuk Azizah.
Pancaragam VI pernah mewakili negara ke kejohanan tersebut pada 2003, 2005 dan 2006.
(ehsan daripada utusan malaysia)
Friday, July 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
..well someone is so proud...pastinya budak VI :P
kak kin-tu la pasal..huhuhu..takpe..nak tumpang jugak..walaupun budak skool keramat je..huahuahua
Post a Comment