Thursday, February 28, 2008

ape yang terjadi biarlah terjadi....


Hari ini, merupakan hari yang tidak tau mcm mana untuk aku ungkapkan..adakah suka?..duka?.. aku sendiri tak tau.. tetapi sesungguhnya, ape yg berlaku pada hari ini amat memberi impak dalam diari kehidupan aku.. aku tak sangka ianya berlaku sekali lagi.. aku sangkakan aku tidak akan berdepan lagi dgn mimpi buruk ini. Tetapi, bak kata org tua, hidup ini bagaikan roda..akan sentiase berpusing. Ianya adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan kita.

Memang susah untuk aku menerima keputusan yang telah diputuskan olehnya. Tetapi inilah hakikatnya. Hidup ini bagaikan cerita. Setiap yang berlaku pasti akan berakhir. Kesudahan hidup ini sesunguhnya sukar untuk ditafsirkan. Kadangkala ape yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan. Semua itu takdir. Suka atau tidak, kita perlu akur dgnnya.

Walaupun kadang kala kita berusaha untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik daripada hari-hari sebelumnya, tetapi kadang kala, ape yg terjadi di masa lepas lebih baik drpd ape yg kita tempuh pada hari ini. Tetapi semua adalah ketentuan. Kita tidak boleh membuang kenyataan dalam kehidupan. Mahu atau tidak, kita harus menerimanya. Walaupun bukan dengan hati yang terbuka, tetapi itulah hakikat kehidupan.

Hidup tidak selalunya indah..langit tidak selalunya cerah. Patutlah kat dungun ni hujan je dua hari lepas setelah panas selama berminggu minggu. Rupanya itu mungkin petanda untuk kehidupan aku. Sebenarnya aku belum bersedia untuk semua ini, tetapi, suka atau tidak, aku perlu menempuhinya.

Aku tidak pasti adakah masih ade season baru untuk cerita kehidupan aku ini atau aku harus memulakan cerita baru yang berlainan tajuknya. Nampaknya ape yang aku harapkan untuk tahun 2008 ni tidak kesampaian. Kena tunggu tahun depan la jawabnya..

Susah untuk aku meneruskan kehidupan aku dlm keadaan mcm ni. Tetapi, aku kena kuat, ape yang terjadi biarlah terjadi. Semuanya akan sentiase menjadi kenangan terindah dalam kehidupan aku. Aku berharap supaya ade insan yang sudi untuk menguatkan semangat aku untuk menjalani kehidupan di hari-hari yang mendatang…

2 comments:

NaKuLa_eViL said...

Ala uols... kat tasik banyak lagi org yang boleh dibuat teman.. budak hingusan tu mmg bodo pilih u, eh tinggal kan u!

Anonymous said...

Whatever past is past..look foward n dun turn back..hugs!!