Thursday, February 28, 2008

BACK TO BASIC


AKHIRNYA kehidupan aku pada hari ini telah berubah kepada yang asal..Tiada warna, tidak bercahaya. Ya, itu lah ungkapan yang dapat aku gambarkan tentang kehidupan aku. Semuanya kembali seperti dulu..

Tragedy ini berlaku dalam sekelip mata. Aku sendiri sebenarnya masih terpinga-pinga dengan ape yang telah terjadi. Adakah aku masih belum boleh terima kenyataan?? Jawapannya ya, aku masih belum boleh terima kenyataan.

Perkara ini berlaku terlalu cepat. Kebahagian ku bagai di sentap. Bagai tikus disambar helang. Bagai halilintar memanah ke bumi. Tatkala dia melafazkan kata-kata itu, aku dapat merasakan roh aku disentap keluar daripada jasadnya..Tetapi aku tau, aku harus tabah. Aku kena kuat.

Sememangnya bila kita bercakap tentang hati dan perasaan, ia bukanlah perkara yang boleh dipaksa. Kita ikut kata hati. Aku juga mengikut kata hati ku. Tetapi akhirnya aku yang mati..

Ikut hati mati, ikut rasa binasa….

Sampai bila aku akan hidup begini. Aku berharap agar cahaya kehidupan yang telah dirampas daripada aku akan dikembalikan semula. Sememangnya tiada guna tangisi perkara yang telah terjadi..Semuanya telah tercatit di dalam kamus kehidupan aku..

Terima kasih, kerana telah memusnahkan segalanya, Tetapi itu bukan salah kamu. Adakah aku yang bersalah. Bukan salah aku..tetapi salah siapa..Aku sendiri tidak tahu..

Semoga berbahagia bersama si dia…yang menjadi pilihan hati, Sesungguhnya magik yang tercipta dahulu telah hilang….

1 comment:

Anonymous said...

Friend..always remember i'm always wif u when u need me..we r friend forever..take care