Wednesday, July 15, 2009

SURPRISE PARTY AT NEWS KTV AMPUNK..!!!



HUHUHUHU...BEST..PENUH DGN KEJUTAN..SO HOOOTTT...hehehehe..itu lah yg aku boleh gambar kan masa bebudak skool aku ni buat surprise party utk aku...aku terharu sgt2..al kesahnya mcm ni..bebudak skool ni mmg dh lama nak ajak berkaroke..aku pun mmg gila karoke..kebetulan aku cuti time weekend plak..aku pun mmg dh lama tak jumpa bebudak ni..so aku ON je la..anggap mcm gathering bagai..

katanya nak jumpa pukul 9 mlm...aku pun sampai seperti yg telah di janji kan..lepas dh dapat bilik, aku pun menyanyi lah dulu..bebudak lain tak sampai lagi..so aku dgn kawan aku lagi 2 org p nyanyi dulu..test vokal katanya..



then bila tgh nak nyanyi2 ni, kengkawan aku pun sampai..memasing mcm ke hulu ke hilir..ntah ape yg nak di carik pun aku tak tau,..aku pun buat bodo je la..dh kata nak karoke...nyanyi la gamaknya..




lepas dh dua tiga org nyanyi, tiba plaj giliran aku nyanyi..tgh tgh nyanyi, tetiba staff KTV and kwn aku masuk sambil bawak kek..terkesima la aku kt ctu...aku dh bayangkan celebrate bday sesorang kt dlm bilik kt genting..mau tak sunyi sepi gamaknya...aku seronok sgt...huhuhuh..sebak hati aku di buat nya..at least kengkawan skool aku ingat lagi dgn b'day aku..huhuhu..



terima kasih sgt2 kt izmalina(nama penuh ni), masyitah, and sumer kengkawan aku sebab sudi nak menyeleberate bday aku...(walaupun ianya di sambut 5 hari lebih awal, aku tetap happy)time kasih kengkawan sebab sudi memeriahkan majlis..aku mmg tak sangka moment mcm ni berlaku lagi..ingat time blaja kt melaka je dulu..huhuhuhu...

IM 25 DUDE..!!!!


HUHUHUHU..PEJAM CELIK PEJAM CELIK..rupanya dah 25 tahun aku hidup..apa yg telah aku isikan dlm idup aku sepanjang 25 tahun ni..biar aku je lah yg tau..huhuhuhu..ape pun aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang unutk melihat dunia, memperbaiki kehidupan aku, (insyaallah), menjadikan nya lebih baik,(insyaallah)...

walaupun sudah berusia 25 tahun, aku rasa masih merasa kan kekosongan dlm idup aku...aku sendiri masih tercari-cari erti kehidupan ygg sebenarnya..mungkin aku baru saja abes blaja..thn ni pulak merupakan thn di mana aku mula menempuh alam pekerjaan..



mungkin aku patut mulakan transformasi dlm kehidupan mulai hari ni..siapa tau, mungkin nasib aku akan berubah kepada yg lebih baik selepas ini, jika ade usaha dan kesungguhan..hidup ini sebenarnya sudah pun ditentu..tetapi aku akan cuba untuk lakukan yg terbaik..

aku harap thn ke 25 ini bakal memberikan perubahan yg besar dlm kehidupan aku..yg lebih baik..lebih mencabar..full of love..full of fun..penuh dgn kesederhanaan mungkin..ape pun yg bakal terjadi , aku akan hadapi dgn tabah..demi untuk kehidupan yg lebih bermakna..

apsal ayat aku ni tersusun sgt..aiyok...tu la dia..bila tgh feeling bermonolog, mula lah kluar ayat buku..huhuhuhu.

Friday, July 10, 2009

TAHNIAH VICTORIA INSTITUTION....

Victoria Institution muncul juara pancaragam dunia

SEPANG 9 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria atau lebih dikenali sebagai Victoria Institution (VI) berjaya mengharumkan nama negara apabila menjuarai Pertandingan Pancaragam Dunia di Modena, Itali pada 5 Julai lalu.

Sekolah itu berjaya mengalahkan lima pasukan pancaragam lain yang membabitkan tiga pasukan dari negara tuan rumah dan masing-masing satu dari Ukraine dan Belanda.

Pada pertandingan itu, VI menampilkan lagu-lagu daripada teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) yang digubah bersesuaian dengan rentak pancaragam berkawad.

Pengetua VI, Azizah Othman berkata sekolah itu mengumpul 1,052 mata untuk mengalahkan juara bertahan dari Belanda yang memperolehi 1,039 mata.

"Kejayaan ini membolehkan pancaragam VI membawa pulang trofi kemenangan serta sijil," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Katanya, ia adalah hasil usaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan letih guru, ibu bapa serta pelajar yang terbabit sejak awal tahun ini.

''Ia satu kejayaan bersama kerana tanpanya saya yakin VI tidak mampu menjuarai pertandingan pancaragam yang dianggap antara paling berprestij di dunia masa kini.

''Semua pihak memahami walaupun ada pelajar yang terlibat itu akan menghadapi peperiksaan utama pada hujung tahun ini," katanya.

Pada pertandingan itu, VI diwakili 93 pelajar yang diiringi lima guru pengiring, termasuk Azizah.

Pancaragam VI pernah mewakili negara ke kejohanan tersebut pada 2003, 2005 dan 2006.

(ehsan daripada utusan malaysia)

Thursday, July 9, 2009

BLOGGER BOY TV SERIES..


(BUDI, NINA and KID)


TAJUK CERITA PUN MEMANG MENARIK KAN, tak berkerawang la ayat nya..senang nak paham..selalu citer ni aku tgk preview kt tv je, tapi tak penah dapat duduk depan tv mengadap sebab clash dgn jadual keje..(wuuuuu).. tapi nasib baik la ade kt intenet..takde la aku miss citer nih..citer ni menarik minat aku sebab jalan citer dia yang creative and simple, dekat dengan hati la senang citer..(bley)..spesies citer gol and gincu jugak la ni..



aku tau mesti ramai yg tgk citer ni, citer ni dilakon kan oleh QI as Budi, NAS-t as Kid and JULIE WOON as Nina...ceritanya mengisahkan tentang kehidupan average guy yg bernama BUDI yang tinggal bujang di kuala lumpur. Dia bru komfem jadi cikgu tuition..(aku jugak yg tak komfem2 lagi..hmmmm)..cikgu tuition yg selalu kena buli dengan student dia( cikgu skang kena berkeras ok, kalo tak student mengada-ngada)..kisah percintaan dia agak sedey, tapi menarik jugak untuk di tgk..sebab selalu kita tgk kisah percintaan org yg kaya2. orang miskin..skang kita tgk plak camner kisah percintaan seorang yg sederhana, mcm aku..menarik kan..huhuhu..



antara yg aku suka pasal citer ni ialah rumah si budi, sempoi giler..simple tapi sedap mata memandang, aku bukan budak interior design, so aku tak bley nak mentafsirkan konsep rumah tu..aku nak jugak makeup bilik aku mcm rumah si budi nih..(so far bilik aku skang ade langsir bunga2..aiyokkkk..dh langsir free, amek je la...)

itu je la yg aku boleh ckp wat masa skang pasal citer ni..anta yg menarik perhatian aku..nak tau lebih lanjut, tgk sendiri...pandai guna internet kan..


what to do...

arini masuk keje petang,,memang agak membosankan bila kerja shift ni..tapi nak buat mcm mana..nature of work memaksa aku untuk berkerja mcm ni..tapi itu aku tak kisah sangat..janji ade kerja..bersyukur lah dalam keadaan sekarang ni aku ada kerja..dr org yg takde kerja tu..

ape yg aku buat pagi ni..tido laaa...sah sah aku bangun pukul 12 tgh hari..huahuahua..biasanya bila dah keje shift jadual tido mmg totally lari dr yg normal...mana tidak nya, kalo dh kena kerja malam, pagi org p keje aku bru nak balik dr kerja..huhuhu..kekadang hari pun dah tak ingat..camner tu..aku rasa aku kena letak kelendar besar kt dlm bilik aku ni..lelagi bila ari jumaat..huhuhu..

kt genting ni kalau hari biasa pun orang akan ramai..biasa, pelancong dtg..ntah ape yg ade kt genting ni pun aku tak tau...agaknya sebab aku dh lama duduk sini..tu yg tak heran pun pasal genting nih...dah 3 bulan lebih aku kat sini..tak pernah sekali pun aku jejak kaki kt out door park tu...huhuhu..

mcm2 perangai pelancong yg kita blh tgk kat sini..ade yg baik..ade yg puaka..perangai memasing..tak boleh nak di kata..asal boleh je..sebab tu keje aku ni kira best sebab boleh tgk gelagat org tia hari...macam2 perangai..kiranyadlm sehari tu aku boleh marah..aku boleh ketawa..mengenangkan gelagat org2 nih..

aku bukan jenis yg bleh keje kt opis...byk mulut.tu la aku..tapi bila bekerja aku takde la byk cakap..byk kan kerja drpd bercakap.itu yg terbaik..nak mengelakkan kesilapan masa kita buat kerja nnti..apapepun, aku happy dgn keadaan aku kat sini..walaupun kawan masih susah nak jumpa,,

yang penting kita happy....