Friday, September 12, 2008

MASA UNTUK BERUBAH !!!!!


" sebelum basah, halal dipegang..dah basah haram occay, kena samak.."


time to change..dalam kehidupan ini..kita akan melalui beberapa fasa yang penting..dimana untuk melalui fasa2 ini, kita perlu perubahan..kalau kita tidak berubah..kita mungkin akan berada di takuk lama..awwahhhh...

tapi ape yang lebih penting..adakah kita sudah bersedia untuk berubah?? aku mengaku, bukan mudah untuk berubah..aku sendiri pun kadang2 berfikir-fikir untuk berubah..bukannya ape..dlm nak membuat perubahan dalam hidup ini, banyak betul halangan nya..tapi itu tidak bermakna aku takkan berubah..

ape yang lebih penting, jika kita inginkan kehidupan yang lebih baik..kita perlu berubah..berubah untuk diri sendiri..keluarga..sahabat handai..berubah untuk masyarakat..cara aku cakap memang senang..walaupun aku sendiri agak susah untuk berubah..ahaksss...

AKU AKAN BERUBAH,,DEMI UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK...INSYAALLAH...

Wednesday, September 10, 2008

TRUST...


“ANDA PERLU PERCAYA DENGAN DIRI SENDIRI UNTUK BERJAYA” inilah ayat aku sering kali aku dengar di mana-mana ceramah motivasi yang pernah aku hadiri. Semua yang berlaku bermula dengan diri kita sendiri. Kita yang menetukan hala tuju hidup kita. Oleh itu kita percaya yang kehidupan ini sebenarnya memberi kita banyak pilihan, peluang untuk kita berjaya dalam hidup.

Berjaya dalam hidup bukanlah bermakna kita berjaya mendapat kerja yang bagus, pendidikan yang tinggi, rumah yang besar. Hakikatnya bagaimana kita melalui hari dalam kehidupan kita. Bunyi nya agak klishe, tapi itulah hakikatnya. Kepercayaan dalam diri itu penting dalam membentuk sebuah kehidupan yang harmoni.

Tiada orang yang akan mempercayai diri kita selagi kita tidak percaya pada diri sendiri. Aku akui, sehingga kini aku masih belum mempercayai diri aku sepenuhnya. Ada beberapa perkara yang sepatutnya sudah aku selesaikan tetapi tertunda. Ini adalah kerana aku masih tidak yakin dan percaya pada diri sendiri untuk melakukannnya.

Bagaimana pula dengan kepercayaan kita terhadap org disekelling kita? Perlu di ingat bahawa kita bkan hidup bersendirian di dunia ini. Kita dikelilingi dengan pelbagai rupa manusia yang pelbagai ragam. Adakah kita percaya dengan orang yang kita sayangi? Adakah kita percaya dengan rakan seperjuangan kita.?

Ape yang pasti bukan mudah untuk kita mempercayai orang yang berada disekeliling kita. Bagi pasangan yang bercinta, sudah pasti mereka tahu bahawa saling percaya mempercayai adalah pengikat kepada sesuatu perhubungan. Adakah kita mempercayai pasangan kita? Mungkin ada dikalangan kita yang berkata “ saya percaya dengan pasangan saya” ada juga yang berkata “ saya tak berapa percaya. Ape yang paling teruk adalah apabila jawapannya berbunyi “ saya langsung tidak percayakan pasangan saya”.

Mempercayai diri sendiri untuk mempercayai orang lain. Agak sukar untuk merealisasikan perkara ini kerana kita perlu mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam sebelum mempercayainya. Tetapi, bagaimana kalau kita masih tidak dapat mempercayai seseorang yang telah berkongsi jiwa dan raga? Kenapa ini terjadi?.........

Tuesday, September 9, 2008

TERBITNYA SEBUAH KEHIDUPAN



Kasih sayang adalah perkara yg indah yg tercipta kt dalam dunia ini..dengan kasih sayang..kita akan menjadi lebih erat..dengan kasih sayang kita akan jadi lebih gembira..dengan kasih sayang kita akan jadi lebih bahagia.

Kasih sayang buat diri kita terasa dicintai.dan kasih sayang amat penting dalam hubungan percintaan..aku dah sekian lama tak rasa di cintai..agak seksa jugak kerana asyik mencintai je..tapi itu semua dh lepas..pengalaman mengajar aku erti sabar dalam kasih sayang..sebenarnya dalam ape yg kita buat pun, kita mesti selalu bersabar..bersederhana..berlebihan boleh membawa kepada kemusnahan..

Masa berkasih sayang semuanya indah. Kadang kala kita rasa tindakan kita tiada salah. Kononnya demi orang yang tersayang. Tapi hakikatnya pincang. Cuma kita tak sedar kerana benda ini berlaku secara tidak sengaja. Melalui gerak tubuh..percakapan..perlakuan..

Benda ini akan lebih nampak apabila kita dalam keadaan marah. Masing-masing cuba untuk pertahankan ego. Sampai kita tidak sedar perlakuan kita sebenarnya telah menyentak hati pasangan kita..segala perbuataan lampau diungkit untuk dijadikan punca perbalahan.

Teguran. Adalah sesuatu yang tidak memberi keselesaan. Lagi lagi kalo teguran itu dtg daripada org yg kita sayang. Agak menyakitkan hati. Tapi kita perlu belajar untuk menerima teguran dengan hati yang terbuka. Jgn cepat melenting atau marah. Jangan terlalu emosi. Perlu teliti dengan betul. Kalau salah, pertahankan diri sewajarnya. Jangan berbalah tanpa sebab yang munasabah.

Yang menegur pun perlulah berhati-hati dalam menyusun kata-kata. Jangan terlalu straight forward. Berkat-kata lah sewajarnya..

Ape-ape pun, berkasih sayang lah sesame manusia di mana jua anda berada. Kasih sayang adalah pengikat sesuatu hubungan.

“BILA ADA KASIH SAYANG, MUNCUL LAH SEBUAH KEHIDUPAN.”

perlu ke nak feeling2 women memalam nih..

Monday, September 8, 2008

SEPANJANG PERJALANAN INNEW..

AWAAAHHH...nak feeling zaiton sameon kan..bley..?? entah la..after sahur tak bley tido, terflash back plak kesah2 lama..huhuhu..benda2 besh memang seronok untuk di ingat..tapi benda-benda yg perit lagi best untuk di flash back..pelik kan..tapi ittew la perkara yang buat kita jadi lebih matang..dewasa..berfikiran terbuka..

(hey perlu ke aku nak tulis ikut skema SPM..)

tapi itulah hakikatnya..ade sebab kenapa kita kadangkal berhadapan dengan kegagalan..kekecewaan..kesedihan..sebenarnya lebih untuk mengajar kita erti hidup yang sebenar..masa aku berhadapan dengan benda2 sedih nih..aku slalu buat conclusion yang semuanya berlaku disebabkan oleh aku sendiri..hmmm..

walaupun kekadang aku tau ittew bukan salah aku pun..tapi disebabkan rasa tak sampai hati..ku relakan diri ini diperbodohkan..awaaahhh..sadis kan..memang pun..tapi, aku dapat belajar mcm2 benda..setiap yang berlaku ade sebabnya..dan sebabnya adalah untuk kita belajar tentang diri kita sendiri..pada aku la..sekarang ni pun aku masih belajar mengenali diri aku sendiri..hmmmm..

DUNGUN SETELAH MANJADI BANDAR...

HAH..JANGAN TERKEJUT OCCAY....tapi itulah hakikatnya..dungun telah di insytiharkan sebagai bandar occay..bukan lagi daerah kecil..awwahh..perlu ke aku nak bangga..haruslah aku belajar kt sini occay..

yang, penting, sah sah dh jadi bandar kan..kompem lah banyak perubahan yang berlaku..antara nya..



HAH KO TGK..melerts kan lampu dia..iniadalah pekerja wajib yg ade kt bandar,,lampu lip lap..mengalahkan nak buat fun fair..perlu ke nak bazir duit bagai..padahal kat ctu dh ade spot light seterang terang alam..yang aku tak puas hati bukan ape...AREA YG AKU DUDUK TU TAKDE LAMPU JALAN OK..dengan babi berkeliaran di waktu malam..nasib baik aku tak langgar oink oink ok time bawak motor waktu malam..kalo tak sah sah lah i kena samak..



hah tu dia..orang ganu sambut krismas kah..au terpaku lah kejap nengok pokok ni..memang la cantik..tapi, utama kan dulu perkara yg penting..jln kampung kt dungun ni banyak yg takde lampu jalan occay..sepatutnya kalo dh jadi bandar..infrastruktur yang perlu diberi keutamaan..awwahh cara aku cakap mcm nak duduk lama kan..hey, aku taknak duduk lama2 ocay kt dungun nih..sudeh..!!

Sunday, September 7, 2008

KISAH TENTANG LARANGAN JILBAB BAGI ANAK MUDA DARI SEORANG IBU..



JILBAB TU APE..? JILBAB ITTEW TUDUNG OCCAY..BACA LAH SEBAGAI IKTIBAR.


Seorang pemuda baru sahaja pulang ke rumah. Ia sendirian di biliknya
melepaskan lelah sambil menatap langit yang membiru.


Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan.


Suasana hening dan damai di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih
belum balik dari kerja.


Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu
tua dengan anaknya.


Anak :Ibu..


Ibu :Hmmm ?


Anak :BU !


Ibu :APA ?


Anak :Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !


Ibu :IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang
ke jarum ni. Susah pulak rasanya.Agaknya mata ibu sudah nak rabun...


Anak :Bu !


Ibu :Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?


Anak :Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai
jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak
Bu..?


Ibu :Jangan ...


Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.


Anak :Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya,
saya mau pakai jilbab ?


Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...


Anak :Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita
orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya..
betul tak bu...? Bolehlah bu..


Ibu :TIDAK !


Anak :Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai
jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam
yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwaj ibkan demikian, bukan
trend baru-baru ini aja.


Ibu :Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !


Anak :Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai
jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau
orang tu a itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.


Ibu :Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!


Anak :WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!


Ibu :JANGAN !


Anak :JILBAB !


Ibu :JANGAN !


Anak :JILBAB !!


Ibu :J A N G A N !!!


Anak :J I L B A A A A A A B !!!!


Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik
untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju
dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pi ntu untuk
mengetuk ....namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...


Ibu :KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI... ..


Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai


(hehehe, serius tul baca nampak...... ... ...... .......... ..aku pun
terkena jugak

HAPPY BIRTHDAY FARIHAH


orang yg kongsi bday denagn axim adalah farihah..my classmate masa buat diploma kat melaka dulu..aiyooo..rindu banget masa belaja kt melaka dulu.. dikesempatan ini aku nak ucapkan hepi besday kepada farihah,,semuga panjang umur and murah rezeki..kahwin nnti jemput aku ok..friendship forever...