Wednesday, September 10, 2008

TRUST...


“ANDA PERLU PERCAYA DENGAN DIRI SENDIRI UNTUK BERJAYA” inilah ayat aku sering kali aku dengar di mana-mana ceramah motivasi yang pernah aku hadiri. Semua yang berlaku bermula dengan diri kita sendiri. Kita yang menetukan hala tuju hidup kita. Oleh itu kita percaya yang kehidupan ini sebenarnya memberi kita banyak pilihan, peluang untuk kita berjaya dalam hidup.

Berjaya dalam hidup bukanlah bermakna kita berjaya mendapat kerja yang bagus, pendidikan yang tinggi, rumah yang besar. Hakikatnya bagaimana kita melalui hari dalam kehidupan kita. Bunyi nya agak klishe, tapi itulah hakikatnya. Kepercayaan dalam diri itu penting dalam membentuk sebuah kehidupan yang harmoni.

Tiada orang yang akan mempercayai diri kita selagi kita tidak percaya pada diri sendiri. Aku akui, sehingga kini aku masih belum mempercayai diri aku sepenuhnya. Ada beberapa perkara yang sepatutnya sudah aku selesaikan tetapi tertunda. Ini adalah kerana aku masih tidak yakin dan percaya pada diri sendiri untuk melakukannnya.

Bagaimana pula dengan kepercayaan kita terhadap org disekelling kita? Perlu di ingat bahawa kita bkan hidup bersendirian di dunia ini. Kita dikelilingi dengan pelbagai rupa manusia yang pelbagai ragam. Adakah kita percaya dengan orang yang kita sayangi? Adakah kita percaya dengan rakan seperjuangan kita.?

Ape yang pasti bukan mudah untuk kita mempercayai orang yang berada disekeliling kita. Bagi pasangan yang bercinta, sudah pasti mereka tahu bahawa saling percaya mempercayai adalah pengikat kepada sesuatu perhubungan. Adakah kita mempercayai pasangan kita? Mungkin ada dikalangan kita yang berkata “ saya percaya dengan pasangan saya” ada juga yang berkata “ saya tak berapa percaya. Ape yang paling teruk adalah apabila jawapannya berbunyi “ saya langsung tidak percayakan pasangan saya”.

Mempercayai diri sendiri untuk mempercayai orang lain. Agak sukar untuk merealisasikan perkara ini kerana kita perlu mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam sebelum mempercayainya. Tetapi, bagaimana kalau kita masih tidak dapat mempercayai seseorang yang telah berkongsi jiwa dan raga? Kenapa ini terjadi?.........

3 comments:

ALFAF said...

pandai acap menulis yerr.. ada jer topic nak menulis.. gud one plak tuu.. nice word.

eqbalzack said...

acap.."SAYA PERCAYA PADA PASANGAN SAYA!"...persetankan mulut orang...

amirul usheruff dzulkarnain said...

percaya pada diri..dengan harapan dan keyakinan..ahahkssss..