Friday, September 5, 2008
RAKYAT MALAYSIA TAK BERADAB..??!! ANDA BAGAIMANA??
(HAHH..MAI PILIH MAI PILIH..BUY ONE FREE ONE)
Masuk ni dah hari kelima kita berpuase..hopefully semuanya akan berjalan pada masa akan dating..semoga kehidupan kita senantiasa diberkati-Nya..
Occay masa untuk skema-rama dah abes…hah, straight to the point, betul ke orang Malaysia ni takde adab sopan..mesti korunk terpikir kenapa lak tetiba aku tanya kan soklan tuh..berdasar kan satu research yg dibuat oleh media barat, Malaysia jatuh di tangga ke tujuh dalam kategori negara yg tiada adab sopan..( KALO SALAH BGTAU AKU)..Aiyoh..mcm mana tuh..tak dapat aku nak tolong..
How to solve this problem? Takkan nak pergi kat setiap org pastu beritahu “sila bersopan santun sepanjang masa ya, terima kasih”..Sebenarnya benda ni semua bermula dgn sikap kita sendiri..Pada pendapat aku, magic word dia yang satu ni mesti dipraktikkan.."TERIMA KASIH"..Selalunya kalo org tolong kita, kita akan ucap terima kasih kan..tapi ape jadi kalo org yg kita tolong tu tak ucap ape-ape pun..aku ingat lagi kes kawan aku yang sorang ni..
kaedahnya dia naik bas nak balik dari kerja nih....pastu nampak la ade makcik ni terhegeh-hegeh nak mengangkut stroller baby kan..kawan aku ni yg kononnya nak tunjuk baik ni tolong lah makcik tu menghangkut benda tu masuk dalam bas..lepas tu dah masuk dalam bas, dah siap duduk bagai nih..sepatah terima kaseh pun tak terpacul kat mulut makcik tuh..pandang kawan aku pun taknak..aiyoh..memang takde adab ok..kawan aku terus menyinga..
s(bukan nama sebenar)= bodoh punya makcik, terima ksih pun taknak cakap..bukan aku nak mintak duit kau pun..aku golekkan anak kau kt dalam bas ni kang baru kau tau..
(ittew la yg dialog kawan aku..kan tak sedap bunyiknya..)
Takde lah palau (kemaruk) sangat ucapan thank you tu. Tapi as a human being, u should show some respect to people who had gave a hand to you..( awwah speaking London kan, very da berterabur..) bukannya susah sangat..two words only..
Occay anak2..arini cikgu nak ajar perkataan yg membawa kepada keharmonian dalam masyarakat ya..ikut cikgu..TERIMA KASIH..dalam bahasa inggeris nya THANK YOU..dalam bahasa mandarin XIEXIE..awwahh very da cikgu muhibah kan..bley..susah sangat ke nak tunjuk kan rasa hormat kepada org yg telah tolong kita..sekalipun dalam mulut ade emas intan berlian..ucapan terima kasih tu lagi berharga occay..tak ternilai harganya..(awwahh..perlu kah ade manusia yang sekarang yg tak pentingkan harta benda??)
Cikgu nak refresh balik pasal rukun negara Malaysia..ingat kah korunk murid2 yang dah tua bangka innew?? …kompem ade yang menganga tak tau kan..merujuk kepada rukun negara Malaysia yang kelima dan terakhir..KESOPANAN DAN KESUSILAAN..kalo dah yang empat tu tak berapa nak ikut dh la kan..at least yg terakhir ni ikutlah.. tu pun payah ke..(AIYOOO EMOSI DH NAIK KEPALA OCCAY)
Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, berbaik –baik la sesame manusia. Tiada ruginya kita menunjukkan rasa hormat sesama insan. Hormat lah orang lain dahulu jika anda ingin diri anda dihormati. lagi2 masa bulan Ramadhan yang mulia innew..praktik2 kan lah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment