Wednesday, December 24, 2008

TERIMA KASIH CINTA...

Tersadar, didalam sepi ku,
setelah jauh melangkah.

Cahaya kasih mu, menuntun ku,
kembali dalam, dekap tangan mu.

Terima kasih cinta,
untuk segalanya,
kau berikan lagi,
kesempatan itu.
Tak akan terulang lagi,
semua…
kesalahan ku,
yang pernah menyakiti mu.

Tanpa mu, tiada berarti,
tak mampu lagi berdiri.

BERAKHIRNYA SEBUAH CINTA..

berbaloi kah kita menamatkan sesuatu perhubungan untuk sesuatu yg tidak munasabah..???

adakah kita pasti akan berbahagia jika menamatkan sebuah kisah cinta di miliki demi bersama org lain..???

adakah org baru yg hadir dlm episod cinta kita dpat memberi yg lebih baik drpd asangan yg sebelumnya.??

terlalu byk persoalan yg boleh kita bangkitkan tentang permasalahan cinta..ape yg lebih, bagaimana cara kita mengatasi masalah ini..cara aku bercakap agak mudah..memang benar ia tidak semudah yg di sangka..permasalahan cinta ini memang boleh dirujuk melalui buku, majalah dan sabagainya..

tetapi ape yg lebih penting adalah bagaimana hati kita menerima permasalahan ini..kematangan bercinta tidak dapat di ukur memalui umur..itu pendapat aku...sebab ade jugak org yg bercerai berai lepas anak 3-4 orang..

cinta itu suci..lebih suci jika ia diikat dengan pertalian yg sah..sayangilah keluarga anda..kekasih anda..ape yg ade di sekeliling anda..

YG PALING PENTING, SAYANGILAH TUHAN YANG SATU................SATU-SATU NYA CINTA YANG TIADA AKHIRNYA..

HARI INI, ESOK DAN SETERUSNYA.....

THERE ARE SO MANY THINGS HAPPEN DALAM BEBERAPA HARI NI..bercuti kesana kemari..(byk nya duwet aku kan),,tapi ape yg lebih menggembirakan hati ini bila aku telah berjaya menamatkan degree aku in accountancy..penat selama 3 tahun akhirnya berakhir apabila aku berjaya menamatkan degree in accountancy aku di UiTM dungun..

kalo ikot kan aku blaja selama 6 thn tanpa henti lepas abes SPM..aku agak malu dan tertekan pabila melihat rajan2 yg lain sudah mendapat kerja yg tetap..sudah boleh menangung ibu bapa masing2 sedangkan aku dikala itu masih lagi bergelumang dgn buku..

tiada ape yg lebih membahagiakan aku selain drpd teriakan drpd ibu sendiri yg gembira bila aku beritahu yg aku sudah tamat belajar..ayah aku juga sgt gembira bila mengetahui anak lelaki nya yg dahulunya dia anggap pemalas ini sudah berjaya menamat pelajaran..

walau apapun..yg paling dlm kehiudpan ku sekarang ialah ingin membalas jasa ibu dan ayah ku..sudah bermulaya hari utk aku menempuh alam pekerjaan, membahagiakan diri aku..ibu bapa ku..keluarga ku..

Monday, December 8, 2008

HARAPAN @ hope

APAKAH YG DIMAKSUD KAN HARAPAN..adakah ia bersangkut paut dgn janji ?.kalau janji ia mesti di tunaikan..adakah ia satu peluang untuk kita merubah sesuatu..??

ade bermacam-macam definasi tentang harapan..apa yang pasti harapan itu bisa merubah corak kehidupan kita..ia datang dalam kehidupan seharian kita..

bagaimana dgn harapan di dalam percintaan?? ia agak kompleks untuk diperkatakan apabila kita berbicara soal cinta dan harapan..perlu kah kita mengharap pada cinta yang tidak pasti ?? atau bertahan dlm kesengsaraan dgn harapan cinta itu akan kekal bahagia untuk selamanya.??

setiap insan didunia ini mempunyai harapan dalam kehidupan mereka..kita lah yang menentukannya..selebihnya kita serahkan kepada qada..ape yang lebih penting, dalam bercinta, jangan kita memberi harapan kepada pasangan kita jika kita sendiri tidak pasti..harapan itu sendiri bagaikan petunjuk kepada sesuatu yg lebih baik..jika tidak kesampaian, pasti kehidupan yang mengharap itu diselubungi kesayuan, kesedihan, kepiluan..kerana harapan sudah punah..

adakah harapan itu menyeksakan??
adakah harapan itu menggembirakan??

jgn lah berhenti berharap..jika ia disusuli dgn usaha, insyaallah kehidupan yg lebih baik akan menanti kita.

Tuesday, December 2, 2008

WILL YOU STILL LOVE ME TOMORROW ??

Tonight you're mine completely
You give your love so sweetly
Tonight the light of love is in your eyes
Will you love me tomorrow?

Is this a lasting treasure
Or just a moment's pleasure?
Can I believe the magic of your sighs?
Will you still love me tomorrow?

Tonight with words unspoken
And you say that I'm the only one, the only one, yeah
But will my heart be broken
When the night meets the morning star?

I'd like to know that your love
Is love I can be sure of
So tell me now, cause I won't ask again
Will you still love me tomorrow?
Will you still love me tomorrow?

Monday, December 1, 2008

AKU DAN JOHOR BHARU

APE AKU BUAT KAT JB..aku pun sebebnarnya tak tau aku buat ape kt JB..sebenarnya aku ke JB sebab nak jumpa kawan aku..pasal busan duduk kl..kengkawan sumer busy..tapi duduk kt JB ni pun bosan jugak sebab kawan aku tu keje..dia p keje aku melencong sengsorang melihat panorama JB..agak busan sebab kena bergerak naik bas..belajar jd org JB jugak la kejap..

lps ni nak ke MELAKA pulak..nak balik kampung..nak berjalan kt MELAKA..MELAKA makin hari makin hebat..produk pelancongan semakin banyak..no wonder negeri lain susah nak beat melaka bila bab pelancongan..

ape yg aku berkenan kt JB ni adalah kedai bundle..agak byk dan sangat menarik..aku ni kaki bundle..takdelah nak beli baju memahal..sempena karnival sale jimat slang ni..kalo beli kt bundle memang sesuai lah dgn status aku as penanam anggur..huhuhu..pakai baju bawah 20 hengget je..

kt JB ni agak byk la tmpt makan ygt best..yg mcm lahanat pun ade..tapi aku paling suka cheese bun dekat larkin perdana..nama kedai tu i-chibun..cheese bun dia sgt gebu n lembut..terpaksa beli byk2 bwk balik kl..pastu tmpt makan best kt stulang laut..nasik goreng seafood..sgt byk..memang pengsan nak menghabiskan nya..

gambar tadok sebab kamera tepon rosak..wuuuuu...

Thursday, November 20, 2008

BERSENDIRIAN ATAU BERPASANGAN..???

YANG MANA MENJADI PILIHAN ANDA...kita selalu mendengar cerita tentang kehidupan org yg berpasangan,,org yg solo..kita sendiri melalui perkara ini..adakah anda berpasangan atau solo..

persoalannya adalah jika anda berpasangan, adakah anda bahagai bersama pasangan anda..jika anda solo, adakah rasional bg anda untuk mencari teman hidup pada waktu sekarang..?

kita mendengar byk cerita tenang pasangan bahagia..pasangan dingin..pasangan sengsara..kalo yana bahagia, akan bertahan selagi hayat dikandung badan..kalo sengsara, on the spot cerai..MOTIP!!..

yg solo tu mmg lah kita tau dia yg dia masih belum bersedia untuk berasangan, selelsa dgn title solo nya, atau mungkin takut utk berpasangan kerana pengalaman pahit yg pernah di alami dlm sejarah hidup mereka..mereka mempunyai hak untuk memilih..

tapi, bila berkata tentang berpasangan, kita tau ade yg bahagia..ade yg lite lite je..tapi mcm mana kalo org yg berpasangan, tidak bahagia, tetapi masih kekal dgn perhubungan itu..aku sendiri taktau mcm perkara sebegini boleh berlaku..adakah dia sememangnya bahagia dgn diperlaku begitu walaupun hakikatnya secara alami, ia tidak bahagia??

ape yg membuat hubungan ini kekal..hmmmm

Tuesday, November 18, 2008

FOTO SINDIKET


foto sindiket ni business kawan aku, en. ezat a.k.a julap..
dia ade bukak business photography tngkp gmbr org kawen..
nphotoshoot unutk buat portfolio..untuk simpanan peribadi..
unutk glamour..photoshoot untuk business dan memacam lagi la..

nak tau lebih lanjut layari www.fotosindiket.com

Thursday, November 13, 2008

aku dan kenangan..

Sunyi dan sepi ..
Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda

Ku nanti dikau..
Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya..
Yang ku nantikan tak kunjung tiba...

Tiada kata tiada pesanan untuk ku..
Yang engkau tinggalkan sayang..
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal..
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih..

Tersenyum aku...
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal....
Hanya gambar jua tandamata dan kenangan

Tiada terduga...
Yang ini harus terjadi di malam begini
Mungkinkah... Kitakan bersua lagi....

Wednesday, November 12, 2008

HAPPY BIRTHDAY MR EQBAL


SESUNGGUHNYa manusia yg bernama eqbal ini sudah tua usianya..
tetapi tetap muda di hati kawan2 nya..
MATILAH MENGIPASKAN KATANYA KAN..

dengan udara yg masih membenarkan diri ini bernafas..
ingin ku ucapkan
SELAMAT HARI LAHIR YG KE teeettt..!!!!

SEMOGA PANJANG UMUR..
DIMURAHKAN REZEKI..
SIHAT TUBUH BADAN..
PANJANG AKAL..
KUAT DAYA INGATAN..
MINTA DIJAUHKAN DARI SEBARANG BENCANA..

INSYAALLAH.....

your sincerely,

amirul usheruff dzulkarnain...

Wednesday, November 5, 2008

WHAT HAPPEN TO MY HAIR..??!!



this is my first time..huhuhu..

Sunday, November 2, 2008

im hibernating...

IM HIBERNATING FOR A MONTH..
SEMENTARA NAK TGGU RAMBUT TUMBUH SEMULA..UHUHUHU

Tuesday, October 28, 2008

MARI KE OPEN HOUSE

HAAAA..weekend ni sangat penat sebab terlibat dgn open house ....pegi open house..memasak kat open house...untuk entry selanjut nya sila ke MR EQBAL BLOG..huhuhu

Thursday, October 23, 2008

I MISS YOU SO MUCH....!!!!!

Bintang malam katakan padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi sampaikan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya

Puisi rindu ini kuciptakan
Hanya untuk insan yang tercinta
Walau hanya nada sederhana
Izinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan

GO WITH THE FLOW...




Im sure ade dikalangan korunk yg penah dgr dgn ayat nih..
Maksud nya takyah aku terang kan..sebab aku tau org yg membaca entry ini tentunya dikalangan org2 yg bijak pandai..bley..memuji nih..

Ape yg berlaku didalam kehidupan kita seharian sebenarnya telah di tentukan oleh tuhan yang Esa..as told by ustaz dlm satu majlis ilmu..dia kata, tuhan dh tentukan bagaimana corak kehidupan kita…tempat kita samada syurga atau neraka pun telah di tentukan dgn lebih awal....aku pun kemudian terfikir..kalo dh ditentukan, apa lah gunanya kita menurut perintah-Nya kalau di akhir zaman kita memang sudah ditentukan masuk neraka…

ustaz tu pun kata, kita telah dikurniakan akal dan fikiran yg cukup baik, kita sendiri boleh berfikir untuk membuat pilihan yg tepat. Insyaallah jika kita berusaha, kita akan mendapat balasan yang sebaiknya..semuanya terletak di tangan-Nya..hanya kita yang perlu membuat pilihan yang tepat dlm menjalani kehidupan seharian..

Tidak semestinya jika kita tersesat sekarang, kita akan tersesat sehingga ke akhir zaman. Kita sendiri perlu cuba unutk mengubah hidup menuju ke arah yg lebih baik..cara aku bercakap ni mcm senang jer..aku sendiri sebenarnya masih mencari cari apakah tujuan aku dalam kehidupan ini..hmmmm…aku sendiri masih tidak tau ape tujuan aku hidup sebenarnya..tuhan telah menentukan corak kehidupan aku, walaupun aku tidak tau ape yg akan berlaku pada diri aku di masa akan datang, aku berharap aku dapat merubah kehidupan aku kepada yang lebih baik..

Kita diberi banyak pilihan..peluang..semuanya bertujuan supaya kita dapat membuat keputusan yang terbaik berlandas akal fikiran yang rasional..setelah kita membuat keputusan yang bijak, apa yang lebih penting adalah TAWAKAL..entry ini lebih untuk aku mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya..semoga aku dapat membuat keputusan yang munasabah dalam menentukan perjalanan hidup aku sebagai makhluk yang bernama manusia…INSYAALLAH…

WASSALAM..

Monday, October 20, 2008

COMPUTER LAB..

aku tengah makan karipap n cekodok pisang kt komputer lab nih..kawan aku tgh makan nasik lemak..satu lab berbau..nak ikut kan mmg tak bley dlm lab nih..tapi aku anggap komputer lab bapak aku yg punya..huahuahua..

dh, nak buat keje....chiowww....

Wednesday, October 15, 2008

PENGGUNAAN NAPKIN (sapu tangan)


Aku pernah memaksa diri untuk menghadiri kursus pasal adab di meja makan.. banyak benda yang aku blaja, dari susunan sudu garpu sehinggalah adab dh abes makan. Aku ingat lagi time malam pra-graduan kat hotel time diploma dulu..perangai masing2 mcm tak penah jumpa makanan.boleh ke tukar2 pinggan dengan meja sebelah..sudahnya, our junior kena pegi blaja adab di meja makan disebelah paginya before attend dinner tu..nasib korang la..

Aku rasa ramai di antara korang dh tau pasal adab dimeja makan ni, jangan korek hidung, jangan tunjuk sudu garpu kt tetamu lain dan yang paling penting, baca bismillah..jangan main sumbat je..makan dengan setan gamaknya nnti..

Aku nak berkongsi dengan korang ape yang aku belajar tentang penggunaan sapu tangan. Kalo korang pegi makan kat hotel, kan ade sapu tangan yang diorang buat bentuk bunga la, ayam la, burung la, pisang la..mcm mcm lah…benda tu bukan untuk hiasan je..antara ape yang aku belaja adalah:-

1) Kalo p makan kat hotel, biar pelayan2 tu yang bukakkan untuk korang. Kalo p makan kat rumah orang, make sure tuan rumah bukak dulu sapu tangan dia, pastu baru korang bukak. Ingat, bukak sapu tangan dengan sopan. Jgn gatal gatal tangan libas sapu tangan tu sesuka hati mak korang je. Korang ingat ni ape, citer pendekar time dulu-dulu, suka libas libas kain. Kalo aku jadi tuan rumah, aku libas sapu tangan tu kat tetamu aku yang buat tak senonoh tu.

2) Bila dah bukak, make sure lipat separuh and letak kat riba korang. Jangan nak ngada-ngada letak kat kolar bhgian depan baju. Ingat korang ni budak lagi ke. Jangan tunjukkan kebodohan anda dihadapan para tetamu ok..buat malu keturunan je..

3) Bila nak lap mulut, guna bucu sapu tangan. Jangan guna bahagian tgh. Pastu, kalo mengelap mulut tu senonoh lah sket. Jangan lap mulut mcm lap meja. Tapi ok la kot daripada mengelap mulut guna lengan baju..itu dah memang tak senonoh..aiyok…

4) Agak-agak kalo ade makanan yang tak bley kunyah tu, guna la sapu tangan tu untuk membuang makanan tu. Bungkus dalam sapu tangan, then panggil pelayan untuk dapatkan sapu tangan baru.. hah, jangan lupa bgtau kat pelayan kt dalam sapu tangan tu ade sisa makanan korang..nnti takdela dia bukak..kalo dia bukak tak ke berterabur sisa makanan korang tuh..kepada sesape yan pakai gigi palsu, cek dulu samada gigi palsu korang ade ke tak, jgn nnti korang bg sapu tangan yang ade sisa makanan + gigi palsu..matilah…

5) Kalo korang nak kemana-mana for a while, make sure letak sapu tangan kat atas kerusi. Takyah lipat pasal pelayan tu boleh tolong lipatkan. Dia dibayar gaji occay!!!

6) Jangan gatal-gatal tangan main sapu tangan tu sebelum makan, mende tu dh dilipat leklok, pastu korang bukak and lipat dengan sesedap hati korang je. Ingat ni ape, kelas blaja origami ???

7) Jangan lap hingus, matilah kalo guna kain tu untuk lap hingus, nak lap hingus, gunakan kain alas meja..ahahahaha…

8) Bila majlis dah abes, biarkan je sapu tangan tu. Jangan nak tunjuk baik nak lipat2. Kain kat rumah malas nak lipat. Bende tu nak dibasuh la..ingat nak simpan balik
ke.

9) Biasa kalo makan kat hotelkan sejuk, jangan nak gunakan sapu tangan tu as selimut balut tangan korang. Sila bawak selimut dari rumah. Terima kasih..

10) Jangan sesekali lap muka guna sapu tangan. Itu tindakan bodoh namanya.. dah
namanya pun sapu tangan. Guna untuk tangan la, bukan untuk muka..aiyooo…

Sunday, October 12, 2008

PENYERBUAN PASUKAN KUALITI MAKANAN..






Hah.perkara wajib di hari raya katanya kan..open house..asal raya je open house..asal open house je raya..memang byk la majlis membukak rumah time2 raya mcm nih..walaupun aku jauh kt dungun, tetapi bebudak ni masih semangat nak buat rumah terbuka kan..ahahaha..kami yang membujang kt sini amat lah seronok sebab buleh budget..lalala..

Tahun ni tuan rumahnya adalah student pompuan..lagi budak pompuan je yg rajin buat open2 house nih..budak laki..NAN ADO..lagi suke mengabihkan makanan kat open house orang..huahuauhua…para tetamu yg hadir dikalangan student jugakk…dan yang pasti student pompuan lagi ramai daripada student lelaki..ahahaha..itu lah hakikatnya pun…





(NI LA ANTARA TUAN TANAH KEDAUNG YG SUDI MENJAMU KITORANG..TRIMAS TANTE..)

mcm-mcm makanan ade..dah sah2 open house kan..bak kata kawan aku, kalo takat bwk meehun se tong, baik xyah jemput..agak lahanat la mulut dia kan.. nasib la ade org nak bagi makan..nak tggu ngko..NAN ADO…antara menu nya adalah..sate goreng, mee hun, nasi himpit, kuah kacang, ayam masak merah, nasi minyak, kek cekelat (ma feveret), sata goring (tak sama dgn sate goreng ok..)..air pulak sirap oren..gitew kan..







(HAH..TAK TERLARAT NAK MAKAN OCCAY..SANGAT BANYAK..)

memasing malam tu xmo kalah..dh kata beraya kan..sah2 lah kena pakai baju kebangsaan bagai..aku lebih selesa dgn jeans n top baju melayu jer..n also kain samarenda sebagai selempang..ahhahaha...ade yg berpakaian lengkap mcm nak p berkahwin..yang pompuan standard la berbaju kurung, kebaya bagai...yang pasti, mekap nak tebal..ahahaha..







(HAH, NI LA ANTARA PARA TETAMUNYA..MEMASING MCM2 PERANGAI..)

malam ittew tersangat lah meriah serba-serbi..para tetamu, makanan, pe’el memasing very da tak membosan kan..dh namanya open house kan, takkan ko nak feeling pergi ceramah pulak..kalo dh open house tak sah kalo tak snappy2 gambar..itu kan acara wajib..macam2 perangai ade….








(TIME MAJLIS DAH ABES..TUAN TANAH KEDAUNG TGH MEMBUNGKUS LAUK..MEMANG ADE PENGALAMAN JAGA PENANGGAR MASA ORG KAHWIN..YG PASTI, BUDAK RUMAH AKU BUNGKUS BYK LAUK.AHAHAH)

Monday, October 6, 2008

MOTIP KENA TAG...

MOTIP KAK KIN MENGETAG AKU....walaupun aku tak tau natang ape kah innew..ku cuba je la memenuhkannya untuk entry kali ini...hah..nak tau sgt pasal aku kan...
BERIKUT ADALAH TUJUH PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG AMIRUL USHERUFF DZULKARNAIN.

MENYANYI...
tu dia..kalo tak berbunyi usheruff FM satu hari memang tak sah...aku memang suka bersiaran dimana sajer..dalam toilet..on the way p klas..tgh masak..tgh study..tgh buat ape je la pun..mesti nak menyanyi..kalo diam membatu pun mesti nak nyanyi..TIME TIDOR AKU TAK NYANYI OCCAY..

CHOCOLATE...
im a chocolate monster..huahuahua...makcik leha aku memang tau aku dari kecik antu cekelat..kalo sehari tak amek cekelat tak sah..tak kesah lah murah ke..mahal ke..janji mesti makan cekelat..aku paling suke cekelat with kacang hazel..

T-SHIRT
aku suke sangat beli t-shirt..lelagi kalo pegi kedai bundle..t-sert la yg aku carik..aku ni bukan jenis brand freak..asal cantik je aku beli..tetapi yg tak bestnya tak semua yg aku beli tu aku pakai..sebab kalo dh ade satu tsert feveret..tu la yg aku lanyak sampai koyak..

BERJALAN-JALAN
ahahaha...ni memang tabiat yg tak buleh aku nak buang...suke kuar jejalan..sorang2 pun boleh jadi..aku ni bukan jenis yg senang duduk rumah..panas bontot la kalo duduk rumah..mesti nak kuar..tgk2 orang..duduk melanguk tepi jalan..kalo dapat duit takpe la jugak..kalo la ade keje bergaji yg mcm ni kan senang..kaya aku..LOL

TALKATIVE
itu la aku..suke bercakap..ade je mende yg nak dilalutkan..skang ni aku tgh cuba nak kurangkan bercakap..kalo la aku ni sehebat oprah..bestnya..bercakap yg dtg kan duit kan..

MAKAN..
aku sangat suka makan..lagi kalo mende2 manis nih..takot jugak kalo ade kencing manis..kalo buat keje ke..duduk ke, mesti ade benda yg nak dikunyah..konsep senaman mulut katanya kan..sebab suka sangat makan, natijahnya balik raya arituh semua pakcik n makcik aku ckp aku dh gemuk..AIYOHHH....

PENDIRIAN..
ahahaha..tak tetap ok..kejap ye..kejap idak..itu lah aku..aku sendiri tak paham dgn perngai aku nih..motip..


aku manalah ade ramai kawan kt dlm dunia blog ni..huhuhu..aku pun tak tau nak tag sape..hmmmm..berikut adalah senarai yg terpaksa aku tagged..dh innew je yg aku kenal..

1.eqbal
2.lynn
3.ezat
4.qamar
5.alfaf

TERSADAI DI HIGHWAY.....





AGAK LAMA LA KAN AKU TAK POST ENTRY...mana tak nya..sibuk beraya konsepnya..no time no cyber cafe ok..masa aku lebih byk di habiskan jahit langsir..sarung kusyen..jahit labuci..ahahahaha..karut lagi mengarut ok...takde maknanya..

aku spend masa lebih byk dgn family n sedara, sebab dah lama tak jumpa..so, bila tiba hari raya, time ni la nak berseronok dgn sedara-mara..walaupun dah boleh dikategorikan as TUA GANYUT...raya tetap meriah occay...


(DITEPI HIGHWAY YG INDAH..INDAH KE..??!!!)

tahun semua sedara ahli keluarga aku balik kpg beraya kt melaka..seronok bangat..memasing memang kecoh , mcm aku..so lagi meriah la suasana raya thn nih..tetapi, dlm kemeriahan raya thn ni, sebenarnya telah berlaku tragedi yg sememangnya akan aku hengat sampai bebila..

APE DIA..??? DAH 24 TAHUN AKU BERAYA, NI FIRST TIME AKU TERSADAI KT HIGHWAY OCCAY!!!! hah...ko pernah berpengalaman sebegitu rupa...very da kereta tersadai kt highway nilai, sebab enjin panas kan..aku balik ke kpg hari selasa..a day before hari raya thn ni la kan.. konsepnya nak bertolak pukul 6 pagi..udahnya tunda sampai ke pukul 8 pagi..budgetnya sampai kpg pukul 10 pagi...REALITINYA SAMPAI KPG PKL 2 PTG..



(APEK YG TOLONG KITORANG, DIA YG TOLONG BELIKAN NATANG APE NTAH..UNUTK GANTIKAN KT KETER TUH..)

sememangnya raya thn ni agak memberi makna kepada aku, mak aku..bapak aku, n adik aku..sebab tersadai tepi highway kan..kitorang tersadai sebab suhu enjin tetiba panas..bapak aku dah perasan, sebab tu dia berenti dulu..aku rasa kalo dia terus jalan, memang dh berasap la kan...kesimpulannya, rancang perjalanan anda sebelum kemana-mana ok...jgn nak meleju je...

nasib baik ade apek cina naik motor berenti tolong kitorang, masih ada org yg berhati mulia untuk tolong kitorang time tuh..tak rugi kita tolong org yg dlm kesusahan..buat baik dibalas baik..agaknya berkat mak bapak aku ade tolong org susah ke dulu..tuhan bagi balik..tak semesti org yg kita tolong tu akan tolong kita balik..
ape yg penting, bantu membantu la sesama manusia..awaaahhhh..


(APEK DH NAK BALIK..)

Sunday, September 28, 2008

MENJELANG HARI RAYA DI KUALA LUMPUR....

TINGGAL LAGI 3 HARI JE NAK BERAYA...time2 mcm ni la ade yg bersiap balik kampung, ade yg tgh sibuk memakar kuih..jahit langsir...ade jugak yg shopping last2 minit..huhuhu..harini aku pegi JALAN TAR..mmg kompem la semua org akan ke jln TAR bila tiba hari raya kan..kalo tidak takkan lah org dari JB, PENANG, sanggup turun kl semata mata nak mengharung JLN TAR yg memang sgt sebuk time2 mcm nih...

pada dasarnya mmg aku tak suke sebab pack sgt..org sangat ramai..dgn memasing bau ya ampun...sape ade asma or sesak napas rasanya DAH PENGSAN kat ctu,,hanya org2 yg tegar je bley survive..huhuhuhu..rasain la kau kalo turun kat area tu..mmg hazab nya ya ampun..

tapi ape yg menariknya adalah, kita dapat tgk senario mcm ni setahun skali..bukan ape..bukan senang, pasar malam pun takde lah sesak ya amat..mcm2 gelagat org yg kita boleh tgk kat JALAN TAR tuh..yg jual tudung lain..yg jual biskut lain..yg jual seluar jeans lain..mcm yg aku pergi mlm ni..ramai ade mamat tu selamba je pakai baju kurung n tudung, semata-mata nak lariskan jualan diorang..

walaupun dalam keadaan yg tak selesa, at least bila tgk gelagat diorang, mmg pecah pewut..as long as diorang carik rezeki yg halal sempena hari raya itu pun sudah cukup unutk menujukkan yg diorang berusaha untuk menambah pendapatan..takde la sampai nka merompak bagaikan..

ehhh penat lah..tapi tetap nak post entry ni kan,,,nak mandi n tidur...dadaaaaa....

Thursday, September 25, 2008

KAU TETAP KU YANG PUNYA...



jangan kau bimbang sayang
dimana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang kerna
aku kau yang punya

kali pertama bertemu dengan mu
hati ku telah terpaku
melihat wajahmu senyuman manis mu
diri ini gembira tak siapa yang tahu

aku disiniengkau di sana
meskipun tak dapat bersama
tetapi aku rela
demi kerana kasih
demi kerana cinta
kukorban segala

hanya suara mu
yang bisa mengubat rindu
diri ini selalu meronta mengingati mu
ingatlah hanya engkau di dalam hatiku

jangan kau lupa sayang
dimana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa kerna kau ku yang punya..

Sunday, September 21, 2008

JUM BALIK KAMPUNG..!!!!


(ini lah aunty leha...ampun tante..gambar mu gue siar'in)

BALIK KAMPUNG..HOHOHO BALIK KAMPUNG..HOHOHO BALIK KAMPUNG..HATI GIRANG.. im sure ada dikalangan korunk yg tahu lagu nih..hey semua org tau ok lagu nih.sape yg tak tahu baik terjun lombong bunuh diri occay..seswai la dgn time2 nak raya ni kan.. balik kampong untuk bersama keluarga yg techenta..tapi tak semuanya yg berpeluang sebab ade jugak yg terpaksa bekerja..takpe lah, nak buat mcm mana..nasib korunk lah..tapi ade jugak yg gatal nak bekerja time raya..alasannya sebab nak duit ekstra..triple pay katanya..lantak korunk la..mungkin pada org sebegini raya tu takde pape selain drpd menghabiskan duit..

Raya tahun ni aku n family semua beraya kt melaka..tahun lengkap la pagi raya tu sebab my sister pun raya melaka…thn lepas dia raya dgn husband dia kt pontian..aku dh lama tak balik melaka..nak ikotkan sebenarnya melaka tu kampong mak aku..aku lahir kt kl..tapi memang kalo tiap kali raya pun akan balik melaka..Cuma kalo dulu first raya baru balik melaka..dis time malam raya dah ade kat melaka..pada aku malam raya tu sebenarnya yang best, sebab semua sedara berkumpul ramai2 bercerita pasal kisah memasing…

Masuk raya kalo dah 6 tahun aku sefamily beraya tanpa abang long..abang long aku dah kembali ke rahmahtullah pada thn 2002..dia meninggal dunia sebab denggi..semoga roh nya dicucuri rahmat..al fatihah….



(aku pernah tersangkut kt pokok ni dulu occay)

Back to track..untuk entry kali ni aku nak cerita tentang kampong aku yang terchenta..hehehe..ini lah tempat yg akan aku tuju tiap kali raya..cuti sekolah..bila ada kelapangan..kampung aku terletak kt melaka..area kuala sungai baru..kalo dah tak tau sgt, ikot je signboard ke ALAM( akademi laut malaysia )..kompem sampai..aku akan keluar ke plaza tol PEDAS/LINGGI .

Nama kampong aku ni KG TENGAH..kenapa kampung tengah ? aku pun tak tau..makcik aku pun tak tau..tup tup dah ade je..ape yg best pasal kampong aku nih..tepi laut occay…TEPI LAUT.. korunk ada..NAN ADO..kepada abg eq, carik la laut kt KL ni kalo jumpa..ahahaha..dulu kalo time kecik2 selalu la jugak mandi laut..halau lembu kambing..awaaaahhh(pos pengembala kambing jap)..

bila time raya, ku menjelajah sepelusuk kampong carik duit raya…aku spesel sket, sebab nenek aku agak terkenal jugak masa dia muda dulu.sebut je CETON, semua org kenal, juara berpantun dan berdondang sayang..nenek aku berkolaborasi dengan bestfren dia, JENAH, nenek sedara aku..bila p beraya je, aku selalu ditanya kerana muka yg tak familiar kt kpg tu kan..( dah ko nak muncul time raya je, mana org tak Tanya)



(ini lah rumah kampungnya..motip atok itam posing bwh umah)

soklan yg selalu ditanya, NGKO ANAK SAPE? Aku pun jawab ANAK ZIZAH(mak aku lah)..disebabkan mak aku tak glamer, diorang Tanya lagi, ZIZAH MANA? Aku pun jawab.CUCU CETON…har la org2 tua kt kampong tu kenal dengan nenek aku yg fofular ittew..kesimpulannya..or lain dapat 20 sen, aku dpat 1 hengget.. udahnya aku jaja nama nenek aku satu kampong nak dapat duit raya lebih..huahuahua..ampun nenek..

bercakap plak kuih raya kt kampong, as usual tradisional lah kan..kuih kepit..kuih siput (feveret aku) kuih bangkit..mcm2..kalo kat rumah yg aku pegi tu ade kuih siput, memang abes sebalang aku kerja kan..siap tuan rumah bawak sebalang besar dari dapur,, perli la kunun..ape aku peduli..ahahaha..



(pemandangan masa sun rise..berjoging diwaktu pagi..bleyy??)

Thursday, September 18, 2008

HAPPY BIRTHDAY AUNTY LEHA


18 SEPTEMBER 1963..adalah tarikh dimana mu luvly aunty dilahirkan..so sempena puase yg ke 18 nih, anak buah mu yag terchenta ini ingin mengucapkan selamat hari jadi..i miss u sooooo much...walaupun makcik aku takkan membaca blog ini..gue ngak kira..tatap nak post jugak..hohohoh..

Tuesday, September 16, 2008

DEMAM BISKUT RAYA !!!!



HAH..TU DIA...demam biskut raya katanya kan..dah 16 hari puase ni kompem la ade makcik2 kat kampung nun jauh ittew sudah mula menguli tepung bagai buat biskut raya..kalo kt KL org2 nya takde lah susah payah nak buat sebab semua nak kuih tunjuk2 kan..ape ittew kuih tunjuk2? kuih beli lah senang citer..kepada org KL yang tak tau, jgn jadi org kl ok..sila pulang ke ceruk dimana anda berada..

ittew lah zaman sekarang, semua senang..ko nak biskut ape..cakap je..semua dh ade depan mata..walaupun baru beli dapur beroven harga beribu ribu ni..namun nak masak biskut raya..ya ampun..pemalas ya amat..tapi ittew pilihan memasing..ter emosi kejap..

bila tiba time raya jer..mcm2 lah biskot raya yg muncul..semperit..kuih bangkit..kuih siput..bunga teratai..kuih kapit..itu nama kuih raya lama..kalo yang baru pulak..almond london..tart gulung..biskut hazel..choc chip cookies..ehh mcm2 la..penin kepala..

time raya2 ni la masa untuk org carik extra money dgn jual biskut raya...amek untung atas angin katanya kan..dari duduk melepek kt rumah takde buat ape..baik buat duit kan..boleh buat beli tudung kah..songkok kah..air sirap untuk raya kah..beli selipar baru kah..kalo simpan dalam ASB lagi bagus..

time kecik2 dulu mak rajin bebenor buat beskot raya..beskot wajib setia tahun..choc chip..enak bangat..kalo bakar 20 tray..10 tray cookies kompem masuk dlm perut aku..ahahaha..sebab tu mak aku lagi suka buat cookies time dia tak dapat puasa..aku tak dapat makan..bila malam je ade satu tupperware kecik je dia simpan cookies tuh..lagi sebalang besar my mum sorok..hohoho..

ittew kalo buat..kalo yg jenis suka membeli..kepada sesapa yang malas nak beli awal2, pegi la dh nak last2, kalo dapat beli time malam raya lagi bagus..memang murah bangat..10 hengget dapat 8 jenis biskut..TAPI YANG TAK BEST NYA, KO DAPAT JENIS KUIH, RASA SAMA..ko boleh buat mcm tuh..nan ado..

KEPADA KAUM2 WANITA DAN KAUM LELAKI YANG FEELING WOMEN KATANYA..SELAMAT BUAT BISKUT RAYA..UTAMAKAN KESELAMATAN..JGN SAMPAI TERBAKAR DAPUR SUDEH..

Saturday, September 13, 2008

CUP CAKES..HERE I COME..!!!!!

KORUNK TAU TAK NAPE ITTEW CUP CAKES..pasti korunk tau kan..ape yg lebih pasti aku suka sgt dgn cupcakes..lagi2 kalo yg cantik2 tuh..syg nya nak makan..sempena raya ni..aku nak promote cupcakes kawan aku..kenapa..sebab time raya ni..biasenya untuk hidangan kepala meja, makcik2 ni feeling2 suka letak kek coklat kan..so, untuk mengubah citarasa..ape kata letak cupcakes..cantik what..sebab dia banyak kaler..meriah gitu..bley...dh benda tu comel..banyak pulak tuh..berikut adalah beberapa gambar2 cupcakes kawan aku nih..

















HAH..MAKAN HATI TAK..KALO ANDA INGIN KAN SESUATU YANG BARU UNTUK RAYA NI..NAK TAU LEBIH LANJUT, JUST KLIK KAT SABRINA CUPCAKES UNDER MY FREN LIST..berikut adalah price listnya

For Classic Chocolate and Very Vanilla Cupcake:

SIZE
Large
-: A box of 20 : RM 45
Medium
-: A box of 25 : RM 40
-: A box of 36 : RM 55
Small
-: A box of 36 : RM 36
-: A box of 49 : RM 48

For Chocolate Chip:

SIZE
Large
-: A box of 20 : RM 50
Medium
-: A box of 25 : RM 45
-: A box of 36 : RM 60

Extra Special


Extra Special means that you may request the type of toppings that you want. say 1 week before.

For Classic Chocolate and Very Vanilla:

SIZE
Large
-: A box of 20 : RM 50
Medium
-: A box of 25 : RM 45
-: A box of 36 : RM 60
Small
-: A box of 36 : RM 40
-: A box of 49 : RM 55

For Chocolate Chip:

SIZE
Large
-: A box of 20 : RM 55
Medium
-: A box of 25 : RM 50
-: A box of 36 : RM 65

Friday, September 12, 2008

MASA UNTUK BERUBAH !!!!!


" sebelum basah, halal dipegang..dah basah haram occay, kena samak.."


time to change..dalam kehidupan ini..kita akan melalui beberapa fasa yang penting..dimana untuk melalui fasa2 ini, kita perlu perubahan..kalau kita tidak berubah..kita mungkin akan berada di takuk lama..awwahhhh...

tapi ape yang lebih penting..adakah kita sudah bersedia untuk berubah?? aku mengaku, bukan mudah untuk berubah..aku sendiri pun kadang2 berfikir-fikir untuk berubah..bukannya ape..dlm nak membuat perubahan dalam hidup ini, banyak betul halangan nya..tapi itu tidak bermakna aku takkan berubah..

ape yang lebih penting, jika kita inginkan kehidupan yang lebih baik..kita perlu berubah..berubah untuk diri sendiri..keluarga..sahabat handai..berubah untuk masyarakat..cara aku cakap memang senang..walaupun aku sendiri agak susah untuk berubah..ahaksss...

AKU AKAN BERUBAH,,DEMI UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK...INSYAALLAH...

Wednesday, September 10, 2008

TRUST...


“ANDA PERLU PERCAYA DENGAN DIRI SENDIRI UNTUK BERJAYA” inilah ayat aku sering kali aku dengar di mana-mana ceramah motivasi yang pernah aku hadiri. Semua yang berlaku bermula dengan diri kita sendiri. Kita yang menetukan hala tuju hidup kita. Oleh itu kita percaya yang kehidupan ini sebenarnya memberi kita banyak pilihan, peluang untuk kita berjaya dalam hidup.

Berjaya dalam hidup bukanlah bermakna kita berjaya mendapat kerja yang bagus, pendidikan yang tinggi, rumah yang besar. Hakikatnya bagaimana kita melalui hari dalam kehidupan kita. Bunyi nya agak klishe, tapi itulah hakikatnya. Kepercayaan dalam diri itu penting dalam membentuk sebuah kehidupan yang harmoni.

Tiada orang yang akan mempercayai diri kita selagi kita tidak percaya pada diri sendiri. Aku akui, sehingga kini aku masih belum mempercayai diri aku sepenuhnya. Ada beberapa perkara yang sepatutnya sudah aku selesaikan tetapi tertunda. Ini adalah kerana aku masih tidak yakin dan percaya pada diri sendiri untuk melakukannnya.

Bagaimana pula dengan kepercayaan kita terhadap org disekelling kita? Perlu di ingat bahawa kita bkan hidup bersendirian di dunia ini. Kita dikelilingi dengan pelbagai rupa manusia yang pelbagai ragam. Adakah kita percaya dengan orang yang kita sayangi? Adakah kita percaya dengan rakan seperjuangan kita.?

Ape yang pasti bukan mudah untuk kita mempercayai orang yang berada disekeliling kita. Bagi pasangan yang bercinta, sudah pasti mereka tahu bahawa saling percaya mempercayai adalah pengikat kepada sesuatu perhubungan. Adakah kita mempercayai pasangan kita? Mungkin ada dikalangan kita yang berkata “ saya percaya dengan pasangan saya” ada juga yang berkata “ saya tak berapa percaya. Ape yang paling teruk adalah apabila jawapannya berbunyi “ saya langsung tidak percayakan pasangan saya”.

Mempercayai diri sendiri untuk mempercayai orang lain. Agak sukar untuk merealisasikan perkara ini kerana kita perlu mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam sebelum mempercayainya. Tetapi, bagaimana kalau kita masih tidak dapat mempercayai seseorang yang telah berkongsi jiwa dan raga? Kenapa ini terjadi?.........

Tuesday, September 9, 2008

TERBITNYA SEBUAH KEHIDUPAN



Kasih sayang adalah perkara yg indah yg tercipta kt dalam dunia ini..dengan kasih sayang..kita akan menjadi lebih erat..dengan kasih sayang kita akan jadi lebih gembira..dengan kasih sayang kita akan jadi lebih bahagia.

Kasih sayang buat diri kita terasa dicintai.dan kasih sayang amat penting dalam hubungan percintaan..aku dah sekian lama tak rasa di cintai..agak seksa jugak kerana asyik mencintai je..tapi itu semua dh lepas..pengalaman mengajar aku erti sabar dalam kasih sayang..sebenarnya dalam ape yg kita buat pun, kita mesti selalu bersabar..bersederhana..berlebihan boleh membawa kepada kemusnahan..

Masa berkasih sayang semuanya indah. Kadang kala kita rasa tindakan kita tiada salah. Kononnya demi orang yang tersayang. Tapi hakikatnya pincang. Cuma kita tak sedar kerana benda ini berlaku secara tidak sengaja. Melalui gerak tubuh..percakapan..perlakuan..

Benda ini akan lebih nampak apabila kita dalam keadaan marah. Masing-masing cuba untuk pertahankan ego. Sampai kita tidak sedar perlakuan kita sebenarnya telah menyentak hati pasangan kita..segala perbuataan lampau diungkit untuk dijadikan punca perbalahan.

Teguran. Adalah sesuatu yang tidak memberi keselesaan. Lagi lagi kalo teguran itu dtg daripada org yg kita sayang. Agak menyakitkan hati. Tapi kita perlu belajar untuk menerima teguran dengan hati yang terbuka. Jgn cepat melenting atau marah. Jangan terlalu emosi. Perlu teliti dengan betul. Kalau salah, pertahankan diri sewajarnya. Jangan berbalah tanpa sebab yang munasabah.

Yang menegur pun perlulah berhati-hati dalam menyusun kata-kata. Jangan terlalu straight forward. Berkat-kata lah sewajarnya..

Ape-ape pun, berkasih sayang lah sesame manusia di mana jua anda berada. Kasih sayang adalah pengikat sesuatu hubungan.

“BILA ADA KASIH SAYANG, MUNCUL LAH SEBUAH KEHIDUPAN.”

perlu ke nak feeling2 women memalam nih..

Monday, September 8, 2008

SEPANJANG PERJALANAN INNEW..

AWAAAHHH...nak feeling zaiton sameon kan..bley..?? entah la..after sahur tak bley tido, terflash back plak kesah2 lama..huhuhu..benda2 besh memang seronok untuk di ingat..tapi benda-benda yg perit lagi best untuk di flash back..pelik kan..tapi ittew la perkara yang buat kita jadi lebih matang..dewasa..berfikiran terbuka..

(hey perlu ke aku nak tulis ikut skema SPM..)

tapi itulah hakikatnya..ade sebab kenapa kita kadangkal berhadapan dengan kegagalan..kekecewaan..kesedihan..sebenarnya lebih untuk mengajar kita erti hidup yang sebenar..masa aku berhadapan dengan benda2 sedih nih..aku slalu buat conclusion yang semuanya berlaku disebabkan oleh aku sendiri..hmmm..

walaupun kekadang aku tau ittew bukan salah aku pun..tapi disebabkan rasa tak sampai hati..ku relakan diri ini diperbodohkan..awaaahhh..sadis kan..memang pun..tapi, aku dapat belajar mcm2 benda..setiap yang berlaku ade sebabnya..dan sebabnya adalah untuk kita belajar tentang diri kita sendiri..pada aku la..sekarang ni pun aku masih belajar mengenali diri aku sendiri..hmmmm..

DUNGUN SETELAH MANJADI BANDAR...

HAH..JANGAN TERKEJUT OCCAY....tapi itulah hakikatnya..dungun telah di insytiharkan sebagai bandar occay..bukan lagi daerah kecil..awwahh..perlu ke aku nak bangga..haruslah aku belajar kt sini occay..

yang, penting, sah sah dh jadi bandar kan..kompem lah banyak perubahan yang berlaku..antara nya..



HAH KO TGK..melerts kan lampu dia..iniadalah pekerja wajib yg ade kt bandar,,lampu lip lap..mengalahkan nak buat fun fair..perlu ke nak bazir duit bagai..padahal kat ctu dh ade spot light seterang terang alam..yang aku tak puas hati bukan ape...AREA YG AKU DUDUK TU TAKDE LAMPU JALAN OK..dengan babi berkeliaran di waktu malam..nasib baik aku tak langgar oink oink ok time bawak motor waktu malam..kalo tak sah sah lah i kena samak..



hah tu dia..orang ganu sambut krismas kah..au terpaku lah kejap nengok pokok ni..memang la cantik..tapi, utama kan dulu perkara yg penting..jln kampung kt dungun ni banyak yg takde lampu jalan occay..sepatutnya kalo dh jadi bandar..infrastruktur yang perlu diberi keutamaan..awwahh cara aku cakap mcm nak duduk lama kan..hey, aku taknak duduk lama2 ocay kt dungun nih..sudeh..!!